Monday 6 July 2020

Ulangkaji : Daya

Salam wbt dan selamat pagi anak-anak.
Seminggu lagi kita akan bertemu di sekolah.
Cikgu berharap mana-mana murid yang belum melengkapkan kerja rumah yang diberi, dapat menyelesaikannya satu persatu ya.

Siapa masih ingat tajuk Daya yang kita pelajari di sekolah?
Antara aktiviti yang kita lakukan ialah jenis dan sifat daya.
Ada murid yang cikgu minta menadi model dan berjogging di kelas,
lalu kita menjalankan ujikaji pergerakan ke atasnya :)

InsayAllah hari ini,
Cikgu mohon anak-anak mnonton video ini dan kembali mengulangkaji tajuk daya ini.



Selepas menonton nanti, anak-anak bolehlah mengukuhkan kefhaman dengan menjawab soalan yang diberikan ini. Mohon anak-anak menuliskan markah di ruangan komen ya. Terima kasih.






Wednesday 24 June 2020

Ulangkaji : Pemeliharaan dan pemuliharaan.

Salam wbt anak-anak.
Cikgu dah berada di sekolah.
Lain sungguh sekolah tanpa anak-anak murid.
Semoga ada peluang kita bertemu semula.

Hari ini insyaAllah cikgu akan buat ulangkaji tentang tajuk pemeliharaan dan pemuliharaan.
Sila tonyon video sebelum menjawab soalan. Video ada disediakan di bahagian link soalan.

Selepas menjawab nanti, anak-anak diminta untuk merekod markah ya.


Wednesday 10 June 2020

Ulangkaji : Interaksi Antara Hidupan

Salam wbt.
Hari ini cikgu nak ajak anak-anak mengulangkaji tajuk yang telah kita pelajari di sekolah.
Cikgu ada letakkan video untuk anak-anak mengingati semula semua isi pelajaran dalam tajuk ini.

.
 



Macamana?
Dah boleh ingat semula? 
Apa kata kita kukuhkan semula kefahaman dengan menjawab kuiz yang diberikan ni.
Nanti dah siap, tuliskan markah anak-anak semua di ruangan komen ya.

 

Wednesday 6 May 2020

Ulangkaji : Miroorganisma

Salam wbt, anak-anak yang dikasihi.

InsyaAllah,
Untuk minggu ini dan minggu-minggu akan datang,
Cikgu ingin membuat ulangkaji dari tajuk pertama kita belajar untuk subjek Sains tahun 6.

Siapa ingat lagi tajuk mikroorganisma?
Dalam kelas dulu, kita kerap main kuiz tentang mikroorganisma ini sebab semua sukakan tajuk ini.


Inilah 5 jenis mikroorganisma.
Fungi, Protozoa, Bakteria, Virus dan alga.


Semuanya punya sifat-sifat yang tersendiri.
Virus contohnya, ialah mikroorganisma yang paling seni dan paling kecil.


Mikroorganisma juga, mendatangkan keburukan dan kebaikan.

Sebagai pengukuhan ulangkaji kita pada hari ini,
Cikgu berbesar hati nak berikan kuiz.
Anak-anak boleh mula menjawab soalan yang diberikan ini,
dan mohon tuliskan markah masing-masing untuk rekod cikgu ya.

Selamat berjaya, semua!



Wednesday 29 April 2020

Kuiz Pengawetan Makanan

Salam wbt anak-anak.
Macamana puasa hari ini?
Cikgu harap anak-anak semua dapat uruskan masa dengan baik,
terutamanya sepanjang Ramadhan ini.
Bulan Ramadhan perbanyakkan baca al-Quran dan zikir.

Baiklah,
Cikgu harap murid-murid dapat menjawab kuiz yang diberikan ini.

Boleh jawab terus di bawah ini,
dan nanti anak-anak tuliskan markah yang anak-anak dapat di ruangan komen seperti biasa.

Jangan lupa tulis nama ya.


Monday 20 April 2020

Pengawetan Makanan



Salam wbt.
Anak-anak yang cikgu rindui.
Lama sangat cikgu tak jumpa semua kerana cuti PKP ini.
Cikgu harap semua murid masih bersabar dengan ujian ini. Duduk rumah dengan sabar, Allah beri pahala tau!

Di kesempatan ini cikgu ingin mengucapkan Ramadhan Kareem untuk semua.
Semoga Ramadhan kali ini, anak-anak tidak akan mensia-siakan peluang untuk beribadah.
Jaga solat, puasa, baca al-Quran dan bersolat terawih dengan keluarga ya.

Anyway,
Siapa masih ingat tentang tajuk pengawetan yang kita belajar sebelum cuti PKP?

Nota Sains Tahun 6 Unit 8: Pengawetan Makanan - Chang Tun Kuet
10 kaedah pengawetan makanan


Dalam 10 kaedah, Hari ni cikgu nak fokuskan dan tunjukkan contoh kaedah pembungkusan vakum. Pembungkusan ini ialah pembungkusan kedap udara. Kira macam semua udara disedut keluar daripada plastik pembungkusan.

Apabila semua udara tiada, mikroorganisma tidak dapat tumbuh.
Maka, barang makanan akan tahan dengan lebih lama.
Hebat kan?

Menganalisis Kaedah dan Bahan yang Digunakan dalam Teknologi Makanan



Nak sedut keluar udara semua ni, bukan sedut pakai mulut tau. :)
Ada mesinnya. Cuba tengok contoh gambar di bawah

TEKNOLOGI MAKANAN: Mesin Pembungkusan Vakum Mudah Alih
Menarik kan mesin ni?




Fungsi pembungkusan vakum - Malaysia #1 Vacuum Sealing System
Kekacang juga antara makanan yang boleh dibungkus menggunakan kaedah pembungkusan vakum



Banyak lagi contoh makanan yang menggunakan kaedah pembungkusan vakum ini, contohnya seperti sosej, daging, ayam, ikan sejuk beku dan lain-lain.


Menarikkan kaedah pembungkusan vakum ni?

Sebelum cikgu akhiri kelas kita pada hari ini,
Cikgu harap murid-murid dapat menjawab beberapasoalan yang cikgu berikan di sini.
Mohon jawab di ruangan komen dan jangan lupa menulis nama masing masaing ya.

SOALAN 

1. Mengapakah mikroorganisma tidak dapat bertumbuh dengan kaedah pembungkusan vakum?

2. Rafique mendapati pokok cili datuknya menghasilkan terlalu banyak cili. Separuh daripadanya telah dibungkus melalui kaedah pembungkuasn vakum dan di dinginkan.

a) Apakah kaedah lain yang boleh digunakan oleh Rafique untuk memastikan cili-cili tersebut tahan lebih lama?

b) Terangkan cara kaedah itu dilaksanakan.

Soalan ini boleh dibincangkan bersama ibu bapa ya.

Salam sayang,
Cikgu Hazwani.