Monday, 20 April 2020

Pengawetan Makanan



Salam wbt.
Anak-anak yang cikgu rindui.
Lama sangat cikgu tak jumpa semua kerana cuti PKP ini.
Cikgu harap semua murid masih bersabar dengan ujian ini. Duduk rumah dengan sabar, Allah beri pahala tau!

Di kesempatan ini cikgu ingin mengucapkan Ramadhan Kareem untuk semua.
Semoga Ramadhan kali ini, anak-anak tidak akan mensia-siakan peluang untuk beribadah.
Jaga solat, puasa, baca al-Quran dan bersolat terawih dengan keluarga ya.

Anyway,
Siapa masih ingat tentang tajuk pengawetan yang kita belajar sebelum cuti PKP?

Nota Sains Tahun 6 Unit 8: Pengawetan Makanan - Chang Tun Kuet
10 kaedah pengawetan makanan


Dalam 10 kaedah, Hari ni cikgu nak fokuskan dan tunjukkan contoh kaedah pembungkusan vakum. Pembungkusan ini ialah pembungkusan kedap udara. Kira macam semua udara disedut keluar daripada plastik pembungkusan.

Apabila semua udara tiada, mikroorganisma tidak dapat tumbuh.
Maka, barang makanan akan tahan dengan lebih lama.
Hebat kan?

Menganalisis Kaedah dan Bahan yang Digunakan dalam Teknologi Makanan



Nak sedut keluar udara semua ni, bukan sedut pakai mulut tau. :)
Ada mesinnya. Cuba tengok contoh gambar di bawah

TEKNOLOGI MAKANAN: Mesin Pembungkusan Vakum Mudah Alih
Menarik kan mesin ni?




Fungsi pembungkusan vakum - Malaysia #1 Vacuum Sealing System
Kekacang juga antara makanan yang boleh dibungkus menggunakan kaedah pembungkusan vakum



Banyak lagi contoh makanan yang menggunakan kaedah pembungkusan vakum ini, contohnya seperti sosej, daging, ayam, ikan sejuk beku dan lain-lain.


Menarikkan kaedah pembungkusan vakum ni?

Sebelum cikgu akhiri kelas kita pada hari ini,
Cikgu harap murid-murid dapat menjawab beberapasoalan yang cikgu berikan di sini.
Mohon jawab di ruangan komen dan jangan lupa menulis nama masing masaing ya.

SOALAN 

1. Mengapakah mikroorganisma tidak dapat bertumbuh dengan kaedah pembungkusan vakum?

2. Rafique mendapati pokok cili datuknya menghasilkan terlalu banyak cili. Separuh daripadanya telah dibungkus melalui kaedah pembungkuasn vakum dan di dinginkan.

a) Apakah kaedah lain yang boleh digunakan oleh Rafique untuk memastikan cili-cili tersebut tahan lebih lama?

b) Terangkan cara kaedah itu dilaksanakan.

Soalan ini boleh dibincangkan bersama ibu bapa ya.

Salam sayang,
Cikgu Hazwani.

1 comment:

  1. Mohd danish haikal bin maslan
    1.tiada oksigen untuk mikroorganisma hidup
    2.a)penjerukan
    b)penjerukan merupakan proses merendam makanan di dalam larutan gula dan garam

    ReplyDelete