Salam wbt anak-anak.
Macamana puasa hari ini?
Cikgu harap anak-anak semua dapat uruskan masa dengan baik,
terutamanya sepanjang Ramadhan ini.
Bulan Ramadhan perbanyakkan baca al-Quran dan zikir.
Baiklah,
Cikgu harap murid-murid dapat menjawab kuiz yang diberikan ini.
Boleh jawab terus di bawah ini,
dan nanti anak-anak tuliskan markah yang anak-anak dapat di ruangan komen seperti biasa.
Jangan lupa tulis nama ya.
Wednesday, 29 April 2020
Monday, 20 April 2020
Pengawetan Makanan
Salam wbt.
Anak-anak yang cikgu rindui.
Lama sangat cikgu tak jumpa semua kerana cuti PKP ini.
Cikgu harap semua murid masih bersabar dengan ujian ini. Duduk rumah dengan sabar, Allah beri pahala tau!
Di kesempatan ini cikgu ingin mengucapkan Ramadhan Kareem untuk semua.
Semoga Ramadhan kali ini, anak-anak tidak akan mensia-siakan peluang untuk beribadah.
Jaga solat, puasa, baca al-Quran dan bersolat terawih dengan keluarga ya.
Anyway,
Siapa masih ingat tentang tajuk pengawetan yang kita belajar sebelum cuti PKP?
10 kaedah pengawetan makanan |
Dalam 10 kaedah, Hari ni cikgu nak fokuskan dan tunjukkan contoh kaedah pembungkusan vakum. Pembungkusan ini ialah pembungkusan kedap udara. Kira macam semua udara disedut keluar daripada plastik pembungkusan.
Apabila semua udara tiada, mikroorganisma tidak dapat tumbuh.
Maka, barang makanan akan tahan dengan lebih lama.
Hebat kan?
Nak sedut keluar udara semua ni, bukan sedut pakai mulut tau. :)
Ada mesinnya. Cuba tengok contoh gambar di bawah
Menarik kan mesin ni? |
Kekacang juga antara makanan yang boleh dibungkus menggunakan kaedah pembungkusan vakum |
Banyak lagi contoh makanan yang menggunakan kaedah pembungkusan vakum ini, contohnya seperti sosej, daging, ayam, ikan sejuk beku dan lain-lain.
Menarikkan kaedah pembungkusan vakum ni?
Sebelum cikgu akhiri kelas kita pada hari ini,
Cikgu harap murid-murid dapat menjawab beberapasoalan yang cikgu berikan di sini.
Mohon jawab di ruangan komen dan jangan lupa menulis nama masing masaing ya.
SOALAN
1. Mengapakah mikroorganisma tidak dapat bertumbuh dengan kaedah pembungkusan vakum?
2. Rafique mendapati pokok cili datuknya menghasilkan terlalu banyak cili. Separuh daripadanya telah dibungkus melalui kaedah pembungkuasn vakum dan di dinginkan.
a) Apakah kaedah lain yang boleh digunakan oleh Rafique untuk memastikan cili-cili tersebut tahan lebih lama?
b) Terangkan cara kaedah itu dilaksanakan.
Soalan ini boleh dibincangkan bersama ibu bapa ya.
Salam sayang,
Cikgu Hazwani.
Subscribe to:
Posts (Atom)